Program ini merupakan sebuah program yag dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Pendidik (PERMADIK) Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah pada 26-28 November 2010. Sk Bundung telah menjadi pusat pelaksanaan program yang berlangsung selama 3 hari ini. Penasihat program ini adalah Dr Khalid Johari, pensyarah Universiti Malaysia Sabah dan Pengarah program adalah Saudara Hii Ung King. Program ini disertai oleh 34 orang AJK pelaksana dari Universiti Malaysia Sabah dan 57 orang pelajar daripada 6 buah sekolah sekitar daerah Tuaran.
Beberapa pengisian telah dijalankan sepanjang 3 hari ini bersama pelajar dan ianya tidak hanya melibatkan pelajar sekolah semata-mata, sebaliknya juga melibatkan golongan belia dan nasyarakat di sekitar yang berhampiran dengan pusat program. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Tuaran dan juga Jabatan Tenaga Kerja Sabah.
Berikut adalah beberapa gambar yang diambil pada hari pertama program berlangsung.
AJK pelaksana
Pendaftaran Pelajar
LDK 1
LDK 1
Malam perkongsian pengalaman oleh Guru Besar Sk Bundung dan Guru Besar Sk Sugud